Ini adalah BBM yang telah dibuat oleh saya. BBM ini boleh digunakan dalam matapelajaran Bahasa Melayu untuk mengajar pelajar pendidikan khas membaca dan mengeja. Saya memilih Tajuk "Jenis-Jenis Pekerjaan" adalah untuk mengajar membaca kerana pekerjaan ini mereka sudah melihat dan mengetahuinya. Disamping itu, secara tidak langsung dapat memupuk cita-cita mereka pada masa akan datang.
BBM ini juga dipanggil buku log untuk mengajar bahasa melayu. Di dalam buku ini, menunjukkan gambar serta perkataan untuk memudahkan pelajar mengeja mengikut suku kata yang telah diwarnakan. Dengan ini, pelajar pendidikan khas amnya, tidak mudah keliru untuk mengejanya.
Buku Log ini juga memberi peluang untuk pelajar menyusun suku kata mengikut perkataan yang betul dengan melekatkan sukukata tersebut di tempat yang disediakan. Dengan ini, dapat menguji sama ada pelajar tersebut sama ada dia sudah menguasai atau tidak. Gambar yang berwarna juga dapat menarik minat pelajar untuk membaca.
Selain itu, buku log ini juga mempunyai puzzle. Pelajar-pelajar khas boleh mencuba dengan menyusun keratan gambar tersebut membentuk satu gambar yang penuh. aktiviti ini adalah untuk menghilangkan rasa bosan pelajar ketika membaca.
Buku Log ini juga sesuai untuk mengajar kanak-kanak untuk membaca sama ada kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak -kanak tipikal.